Wednesday 19 September 2018

MY LIFE as cik nadia

hai hai semua yang sudi singgah blog nad,.. semoga sesiapa yang membaca blog cik nad ni sentiasa di dalam sihat sejahtera.. huhu.. maaflah kekadang nad tulis macam apa je kan.. so thank you lah pada sesiapa yang baca blog nad ni..
 
  harini kita nak sembang sembang santai …
 semua orang ada impian dan cita masing2 .. tak kira lah siapa orang muda orang tua ke apa .. semua ada goal masing.. kadang kadang kita tak tahu macam mna nak capai goal kita.. nad pun mcam tu..

so apa2 hal dalam hidup kita ,,kita kena teruskan walaupun macam2 liku2 yang perlu kita lalui,.. tak kisah lah macam mana takdir hidup kita.. so apa yang terjadi dalam hidup kita.. kita kena tenang.. dan yang paling penting.. kita jangan lupa Allah dalam hidup kita..

Tips untuk jadi happy walaupun dalam diri kita ni diselubungi

1. doa setiap waktu walaupun apa yang terjadi
2. solat fardhu jangan tinggal..
3.sentiasa tersenyum waaupumn sukar
4. sentiasa fikir positive dan sentiasa bersangka baik dengan apa yang terjadi dalam hidup korang
5. cuba cari hobi atau sesuatu yang dapat buat korang luapakan masalah
6. mengaji al quran supaya dapat tenang diri
7. sentiasa berzikir selepas solat atau luar dari solat
8. istighfar

tips yang nad bagi.. sebab nad pun cuba untuk praktiskan,,,.. so kita sama sama amalkan ye.. kalau korang rasa susah hati atau apa 2 je.. ingatlah ayat ini
INSYAALLAH ALLAH AKAN PERMUDAHKAN SEGALANYA,, insya Allah kita sama sama tenang…

dan alhamdulillah nad dah masuk u untuk sambung degree .. doakan nad Berjaya dunia dan akhirat dan dapat dekan setiap sem,,, nad doakan yang baca ni Berjaya dunia dan akhirat dan dihilangkan segala kesulitan yang korang hadapi… btw tq baca blog ni.. jgn lupa sebarang pertayaan boleh komen di bawah.. have a nice day dari nad.. byeeeee assalamualaikum...


Saturday 17 March 2018

My life as matriculation student part 1

Assalamualaikum semua.. Dan selamat sejahtera.. Dah lama aku tak menulis Kat blog

Lately. Alhamdulillah setelah aku Habis spm ni.. Aku further studies dekat matrik.. Matrik Gambang KMPh. Sebenarnya aku dapat tawaran ke dip sains tapi aku Allah dah tunjukkan jalan yang sebenar utk aku.. Sebenarnya aku Memang tak nak gile Matrik ni😣😩 yela orang katakn matrik ni Susah.
Suka tendang orang.. Apa semua. .🤔aku Memang Seres lah aku buat keputusan masuk sini.. Sebelum masuk matrik aku..dah bincang Dengan Mak aku.. Aku rasa better ambik matrik.. Lah Kalau Gini. Aku pun tak tahu kenapa aku tergerak Hati nak masuk sini.. Tula orang Kata jangan tak suka.. Kan dah dapat.. Hahah😂
    Tapi Memang aku rasa kan lah sem 1 tu sem yang paling ya Allah. Apakah ini.. Sebab aku tak pernah masuk sekolah Asrama.. So tu lah kot aku rasa macam tak Boleh independent.. Tapi Bila korang masuk sini.. Korang Akan rasa lah perasaan macam ni.. Sedih.. Penat.. Tapi korang kena ingat satu je.. Ke mana saja Korang belajar.. Takda satu pun yang senang.. Tu je.. Duduk Matrik ke.. Form 6 ..diploma ke.. Asasi ke.. Semua Susah sebab apa..sebab semua tu BARU so memang kita rasa Susah Doh .nak stop LA.. Jangan ada perasaan mcm tu..
    Tapi Bila Korang dah mula Boleh adapt environment.. Sebenarnya takda lah Susah Seperti Kita sokmo fikirkan tu.. Dekat sini korang create memory dengan Roomate korang.. Aku Sangat bersyukur sebab aku ditemukan kawan kawan yang baik ..roomate yang baik..
Lecturer pun okay je.. Dekat sini lah korang Akan bina friendship .. selama setahun atau dua tahun dekat sini..

   Jangan lah stress Sangat. ..keje tu memang lumrah la Kan.. Memang la.. Biasa lah tu.. Tapi kena arrange time Dengan baik.. Nak dapat 4.0 flat tu tak Susah tapi korang kena pandai urus masa.. Dan buat keje assignament jangan buat last minute.. Aku dah pernah rasa buat last minute.. Memang Penat..

   Tapi Bila masuk sem 2 aku dah okay. Takda lah stress Sangat.. Sebab apa.. Sebab kita Tidak banyak pikir benda negatif.. Yang paling penting Korang kena sentiasa jaga hubungan Dengan Allah.. Sebab Bila Kita jaga hubungan dgn Allah.. Kita Akan rasa tenang..
yass so jangan stress sangat dik

    Bila korang rasa stress Atau rasa down Atau banyak keje nak kena siapakan. Apa semua. Ingat bnda ni

"INSYAALLAH ALLAH AKAN PERMUDAHKAN URUSAN AKU.. " Dengan ini Korang Akan rasa tenang Dan paling penting Hidup kita kena bergantung sepenuhnya Kepada Allah.. Tu je.. Sebab Allah yang memberi ketenangan Kpd Kita..

     Aku rasa dah banyak ni.. Nanti aku akan tunjukkan Memori Aku kat kmph.. Kepada adik adik lepasan spm..akak nasihatkan decide keputusan yang betul... Kalau nak masuk Asasi ke apa ke.. Teruskan Sebab kita yang Akan belajar Bukan orang lain.. Please jangan sibuk nak Fikir orang Kata Apa ..biarkan..yang penting Kita nak jadi pelajar cemerlang  .  Yela nak ambik nasihat Boleh.. Tapi ambik yang benda baik.. Benda yang negatif.. Jangan lah fikir Terlalu banyak sangat..
    Akak tahu Memang adik2 yang lepas spm ni pening kan.. Nak masuk apa.. Pastu runsing je. .Kan... Jangan tipu lah Kalau tak pening..

     Akk dah pernah lalui semua ni.. Akak Sampai jadi tak tahu lah nak buat Apa..
    Akak nak adik2 buat lah keputusan yang baik.. Kalau nak masuk matrik Masuk je .. Matrik ni Susah Kalau Awak tak masuk kelas..tak buat keje.. Bila awk buat keje apa semua.. Memang tak Ada Masalah.. Akak pun tak rajin Dik.. Hahahah.. ingat je apa yang akak kata … semua benda susah.. pada permulaan,, so jgn block mind korang .. masuk itu susah ini susah.. so fikir benda baik2 je dik.. takda apa yang buruk akan terjadi,,, kalau nak masuk diploma ke asasi ke form 6 terpulang semua tu... semua benda akan jadi mudah bila kita fikir benda tu mudah.. okay dik…

 Okok nanti akak Akan masukkan picture Akak Kat sini. . Nanti korang Boleh lh fikir2 Nak masuk matrik ke apa..
  Bye have a nice day 😀 Assalamualaikum.. Jangan Lupa Nantikan entri akak pasal matrik Gambang lepas ni.. Tunggu😃
#kalau ada nak tanya Apa² Boleh lah komen dekat bawah pasal Matrik atau pasal study especially 😊

Sunday 19 March 2017

coretan untuk pelajar lepasan spm









HAVE A NICE DAY HUHU




💐Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia and nice to meet you all..  Thanks  Sebab Sudi singgah Kat blog saya.. Saya ni pun Baru berjinak-II dalam dunia blogger Ni.. Huhu.. Blogger Ni merupakan Aktiviti Harian saya.. Kalau Ada masa..saya Akan menulis Perkara-II yang saya nak tulis.. But actually saya suka menulis cerpen.. So Kalau Ada masa saya Akan tulis cerpen.. Eh Eh panjangnya intro Awakk. Haish..cik kacang Betul la...hihi😸
  💐 Ok. Now Kita dah tgk Kat Berita pasal keputusan spm.. So tahniah Kepada semua pelajar spm 2016 🎉🎊#batch99.. Okay Anda semua telah Berjaya melalui satu fasa. So Apa Yg result Kita dapat.. Kita Terima dgn bersyukur.. Anda sebenarya Sudah Berjaya Dan cemerlang🎓. So lepas ni mesti Kita kena buat plan-II.nk masuk itu ini.. Kan..kan.. Dan Sudah semestinya Memang pening kan.. Hmm hmm.. So right now Kita yg kena tentukan our future Kan kan.. Takkan orang lain kot. Tapi saya tahu situasi Anda Sekarang..pening ..runsing ..kepala Nak tercabut.. Eh Eh.. Tu parah sampai Nak tercabut.. Kena g hospital. (Bunyi ambulance Ni no ni no)  🚑🚑🚑
   💐Firstly saya Kongsikan tips untuk para pelajar lepasan spm📒📒
👉kena fikir Betul-II Apa course kita Boleh bawa.. Fikir la masak2 Sebab Kita yg nak belajar Bukan orang lain
👉bincang dgn family and friends 
👉kena Ada banyak plan 
👉Cari maklumat berkenaan u yg Kita nk masuk
👉kena sentiasa berdoa supaya dipermudahkan segalanya 
👉sentiasa berfikiran open minded 
👉sering bertanya Kepada kaunselor atau orang Yg lebih arif
👉sentiasa menguatkan Semangat Dari segi mental Dan fizikal
👉Pastu Anda kena ingat quotes ni
"spirit and interest the most important thing in our life"
Apa Apa hal yg Kita Nak buat.. Kena Minat Dan Semangat..
So doakan saya juga..saya pun masih Dalam kebingungan Dalam Nak pilih course apa2.. So Apa Apa hal Dalam dunia Ni takda benda yg Senang.. Kita kena belajar dulu Baru tahu.. Mula-11 memangla tk tau Bila dah tahu senang lah..  So Apa2 hal diri Kita yg penting.. Wish me luck in my life..okay..sekian lah coretan ini Kepada Anda.. Saya  harap Apa saya tulis Ni memberikan inspirasi kpd org Yg Baca Ni.. Byeaaa Assalamualaikum 👍👍👍😃😃😃saya harap anda yg membaca ini dapat lebih bersemangat menempuhi liku2 Kehidupan😃🎆

Saturday 11 March 2017

Motivasi

Hai Assalamualaikum... Terima kasih lah Sebab Sudi Baca blog saya.. Actually saya Memang Suka warna pink.. So
k hairanla saya punya blog warna pink...kan.. Hahaha...
    Okay..boleh panggil saya cik nad bukan nut (kacang) ..heee.. Nadia pun Boleh..
    Saya nak cakap pasal Kehidupan Kita especially student Memang banyak benda kena fikir itu ini.. So saya pun masih student.. Satu je Kita kena ingat setiap ujian Yg Allah berikan tandanya Allah Sangat sayang Akan diri Kita..so Kita kena sentiasa positive..but sometime Kita Tewas Dengan nafsu Kita.. So Kita kena Banyakkan mengingati Allah.. Peringatan ini juga untuk diri saya juga.  So saya harap Apa Yg saya tulis Ni Boleh memberikan manfaat Kepada sesiapa Yg membacanya.. Okay..bubyee.. 😊Assalamualaikum.. And Salam kasih sayang Dari Nad 😃😃

Thursday 9 March 2017

Persediaan Sebelum Memasuki Alam Universiti

😊Study Mindset – set minda untuk belajar. Anda masuk universiti adalah kerana anda mahu belajar betul-betul, menjadi rajin, fokus dan berfikiran positif. Kekadang, pelajar ini lupa tanggungjawab mereka sehingga tidak pergi ke kelas, buat assignment last minit, tidur lewat malam, lambat bangun sehingga lambat masuk kelas dan macam-macam lagi perangai negatif. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai study mindset dalam pemikiran mereka
😉Mempunyai Matlamat – Set berapa CGPA yang kita nak, berapa subjek yang perlu dapat A dalam semester tersebut. Tetapi, banyak pelajar tidak tahu apa CGPA yang mereka nak, dan ada yang tidak tahu apa itu GPA dan CGPA. Mereka hanya going with the flow.

😊Tulis Matlamat – setiap apa yang kita nak dalam hidup ini, perlu ditulis. Kalau boleh tulislah setiap hari di buku diari tentang apa yang kita nak untuk hari ini, esok, lusa, minggu ini, bulan ini, tahun ini dan berikutnya.

😎Imiginasikan Matlamat – gambarkan yang kita sudah perolehi segulung diploma atau ijazah dengan kepujian first class. Gambarkan setiap malam sebelum tidur, atau selepas bangun tidur, atau waktu mandi.

😊Setkan Kewangan – target berapa bajet bulanan, berapa punca pendapatan, dan berapa mahu simpan sepanjang satu semester hingga semester akhir.

☺Setkan tindakan kita – contoh mahu pergi library setiap hari, belajar berkumpulan, buat assignment di awal waktu, rajin berjumpa lecturers dan sebagainya yang menjurus kearah peningkatan pembelajaran.

Arah Tuju Selepas SPM

Destinasi Bagi Lepasan SPM
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi dan hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM. Sukar untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan anda sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit informasi mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

😊 Universiti

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih universiti sebagai destinasi  pengajian mereka selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke universiti, anda haruslah memohon UPU  lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Selepas itu anda boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah.

😊 Program Matrikulasi

Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat dalam program asasi melalui UPU, janganlah bersedih :) Anda masih boleh menyambung pengajian asas di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Sama saja dengan program asasi.

Selepas habis program matrikulasi, anda boleh apply UPU lagi untuk lepasanSTPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrikulasi ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda. Ramai pelajar-pelajar dari program matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

😉Pengajian Luar Negara
Pelajar-pelajar yang mendapat penajaan biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, USA, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan bagi pelajar-pelajar Malaysia.

😉 Politeknik, Program Teknikal dan Latihan.

Jangan mudah berputus asa sekiranya anda gagal ke IPTA dan Program Matrikulasi. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan.

Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.

😎 Kolej-kolej Swasta

Kalau beli surat khabar sekarang ni, ada banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus dan sesuai. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja.

Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.

😍 Tingkatan 6

Ramai pelajar-pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.

Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.

😄 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lepas lulus temuduga anda seterusnya akan dapat melanjutkan pengajian di  mana-mana kolej yang ditawarkan.

💚 Kursus Ketenteraan dan ALAM

Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan pengajian ke UPNM. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang terkini. Kepada yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan laut yang  mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).

💘 Kursus Penerbangan

Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini. Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugara dan pramugari ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.

💓 Institut Pendidikan Guru (IPG)

Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.

Akhir kata, disamping pelajar-pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa banyakkan berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat kelak.