Thursday 9 March 2017

Persediaan Sebelum Memasuki Alam Universiti

😊Study Mindset – set minda untuk belajar. Anda masuk universiti adalah kerana anda mahu belajar betul-betul, menjadi rajin, fokus dan berfikiran positif. Kekadang, pelajar ini lupa tanggungjawab mereka sehingga tidak pergi ke kelas, buat assignment last minit, tidur lewat malam, lambat bangun sehingga lambat masuk kelas dan macam-macam lagi perangai negatif. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai study mindset dalam pemikiran mereka
😉Mempunyai Matlamat – Set berapa CGPA yang kita nak, berapa subjek yang perlu dapat A dalam semester tersebut. Tetapi, banyak pelajar tidak tahu apa CGPA yang mereka nak, dan ada yang tidak tahu apa itu GPA dan CGPA. Mereka hanya going with the flow.

😊Tulis Matlamat – setiap apa yang kita nak dalam hidup ini, perlu ditulis. Kalau boleh tulislah setiap hari di buku diari tentang apa yang kita nak untuk hari ini, esok, lusa, minggu ini, bulan ini, tahun ini dan berikutnya.

😎Imiginasikan Matlamat – gambarkan yang kita sudah perolehi segulung diploma atau ijazah dengan kepujian first class. Gambarkan setiap malam sebelum tidur, atau selepas bangun tidur, atau waktu mandi.

😊Setkan Kewangan – target berapa bajet bulanan, berapa punca pendapatan, dan berapa mahu simpan sepanjang satu semester hingga semester akhir.

☺Setkan tindakan kita – contoh mahu pergi library setiap hari, belajar berkumpulan, buat assignment di awal waktu, rajin berjumpa lecturers dan sebagainya yang menjurus kearah peningkatan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment